Tuesday, January 17, 2017

may God bless

Perasaan bila sakit hati yang kau pendam dah lama menggunung, tapi kau tak mampu nak luahkan pada pihak yang terlibat sebab kau tahu kau takkan menang, perit gila. Balik-balik yang tua kena beralah, yang muda ni pentingkan diri betul ya? Inilah bila semua benda nak dapat, mana tahu konsep syukur. Manja. Minta je dapat. Aku dulu payah betul nak dapat satu-satu barang. Keputusan baik baru berani minta. Kalau teruk memang tak berani nak minta. Takut nak hadap parents kalau result exam tak bagus. Yang muda sekarang ni senang je kan, result dahlah tak bagus mana, budi bahasa pun kelaut, macam tu pun minta je, mesti dapat, itu pun tak sedar diuntung. Penatlah pendam perasaan ni. Kang tak pasal-pasal kena label pendengki. Hmm. Sikit pun tak dengki. 

Tahlah patutnya makin besar makin menyenangkan. Tak faham kurang ajar macam itu pun disayang-sayang lagi. Ajarlah sikit. Kalau aku yang ajar memanglah tak jalan. Bukan aku pemberi. Aku pun penerima. Kau rasa penerima nak dengar kata si penerima yang lain? Kalau dengan pemberi pun boleh buat sewenangnya inikan yang sama pangkat? Geramnya ya Tuhan. Kenapa mesti hadir orang macam ni? Sedih rasa :( 

Kadang-kadang rasa tak nak ambil tahu langsung, bahagian aku jangan diusik, dah cukup. Tapi sebab kau tak fikir orang lain, bahagian orang lain turut terkesan, kau ada fikir pasal aku? Tak ada bukan? Kau ada rasa hormat? Pun tak ada. Kadang-kadang aku harap Tuhan seksa kau biar kau nampak pengorbanan orang-orang disekeliling kau. Jangan lupa tangan yang memberi. Malang sekali, kau buta. Hati kau mati. Kalau nanti satu hari nanti, Tuhan tarik pemberi-pemberi ini, kau pernah fikir macam mana kau akan hidup? Aku yakin sekali pun tak pernah. Malah kau rasa bebas jika mereka nyah dari sini. Kau fikir kau dah besar? Hmm.

Moga Tuhan beri kesedaran pada kau. 



Saturday, January 14, 2017

dear you

I suppose to finish up my dermatology case write up, but then suddenly your name popped up into my phone, making my mind started to play the movie starring with you and me. You looked so good beside me, dont you know that?

Hi love, i miss you.