Thursday, July 30, 2015

Result : 1st Professional Exam

Harini result 1st professional exam keluar. Malam tadi serius tak boleh tidur. Risau. Aku tidur dekat pukul 3 pastu pukul 530 pagi dah bangun dah sebab lepas subuh nak pegi hiking jap. Balik hiking ingat nak basuh baju, kemas bilik semua tapi sampai ke tengah hari takde mood. Dok risau pasal result. Aku try tenangkan diri baca cerita favorite aku, Ar-Rahman, tapi still macam hmm aku tahu aku dah buat yang terbaik dan aku yakin diri aku boleh tapi deep inside aku risau kalau aku tak pass apa aku nak jawab dekat parents aku nanti, apa aku nak buat lepasni, macam mana aku kena repeat second year. Macam-macam yang aku fikir.

Aku cuba tidur tak boleh. Asyik nak dududududap je. Macam nilah kot rasanya masa tunggu result dapat masuk medschool ke tak dua tahun lepas. Nebes gila namateyyyy. Plannya petang nak kemas bilik, tapi end up aku pegi Ganu, raya rumah Wana. At least bolehlah lupa sikit pasal result. Tapi rupanya tak. Tengah drive ni asyik tanya yang lain wei result dah keluar belum ce check sikit. Tangan kaki sejuk dah kot.

Result tampal dekat board BMS, basic medical sciences. Pastu mana yang rajin pegi sana tu sharelah gambar dekat dalam group whatsapp kitorang. Dia susun ikut no matric. Debor kau nak sampai ke no aku. Ada 3 distinction, 3 fail. Sebelum no matric aku dah ada 2 orang fail so possibility untuk aku fail pun ada. Cuak kot. Tapi alhamdulliah aku passed :) Yang fail tu kena resit paper tengah bulan 8 ni. Mengikut statistiknya semua yang resit pass. Inshallah kita semua naik third year.

Thank you everyone for endless prayers and moral supports.
May God bless.

Aku takut gak nak masuk clinical years ni sebab basic aku tak kuat. Positipppp sikittt!
Boleh boleh boleh.
All iz well.

Nanti-nanti ;)





Wednesday, July 29, 2015

Final Day: 1st Professional Exam

Harini hari last 1st professional exam. Paper last tadi, mcq. Ada 50 soalan. 1 soalan pecah 5 anak. Tiap satu anak kena jawab true/false. Negative marking. Maknanya daripada 5 soalan tu, kalau ada 4 betul satu salah, kita akan dapat 3 markah je. Senang cerita mcq ni takboleh tamak. Kalau taktahu takyah jawab. Kalau betul takpe, kalau salah habislah. Mcq memang susah. Jenis student genius/rajin yang teliti tiap satu perkataan dekat lecture notes tu ha memang scorelah mcq ni. Kalau jenis baca lompat-lompat macam aku ni hmm hihihihi.

Mcq ni kira okaylah nak dibandingkan dengan ospe semalam. Okay sikit je. Petang ni keluar result viva. Yang kena viva ni orang yang borderline fail dengan borderline distinction. Heharap tak kena. Heharap semorang clear pass. Examiner tahun ni anatomist. So, confirmlah dia tanya anat, embryology dengan histo. Histo dengan embryo aku dahlah kelauttttt.

Mudah-mudahan semorang clear pass.
Amin.

Nanti-nanti :)




Tuesday, July 28, 2015

Day 3: 1st Professional Exam

Takde mood nak cerita pasal ospe sebab ospe susah gila nak mati. Semorang cakap macamtu. Aku cuma mampu positive je yang 3 papers sebelum ni inshallah 150 markah dalamn tangan dah. Kalau tak 150 pun biarlah lebih dari 150 jangan kurang. Kalau kurang pun 140 something. Positif positif. Boleh boleh boleh. Ni bukan first time rasa ospe susah. Banyak kali dah kan. Sebelum ni pun tak pernah fail, pass je. Inshallah pro ni pun pass. Ramai orang doakan kat luar sana. Tinggal paper mcq esok. Aku kena score lebih 70. Walaupun sebelum ni markah tak pernah lebih 70/125, selalu aku dapat 60 lebih je, inshallah kali ni boleh dapat lebih sebab mcq pro dia direct tak macam eob bebelit sikit pastu suka buat orang confuse. Inshaallah Tuhan tolong.

Positif! 

All iz well.
Nanti-nanti :)





Monday, July 27, 2015

Day 2: 1st Professional Exam

Baru je habis jawab paper 3, Problem Based Questions (PBQ) tadi. Overall okaylah sebab kebanyakan soalan yang ditanya tu pernah keluar soalan past years.

Trigger first tadi dia bagi orang tu datang hospital dengan chief complaint worsening cough for two months duration. Macam biasalah dia tanya apa possible diagnosis dia dengan soalan apa yang kita nak tanya patient tu untuk history taking. Pastu boleh pulak tanya mechanism of cough. Memang aku lenjan jelah jawab dia fikir logik. Heharao bolehlah dapat dalam 3/5 markah.

Second trigger dia bagitahu patient tu batuk berdarah. Pastu dia ada diabetes. Dah 6 bulan. On oral hypoglycemic. Pastu dia ada fever, low grade fever. Takde chest, wheezing, chills dengan rigor. Lagi dia ada night sweats, loss appetite dengan makin kurus. Pastu ayah dengan mak dia salah sorang tu ada darah tinggi lagi sorang ada myocardial infarction. Bini dia dah mati masa bersalin sebab hilang banyak sangat darah. Lagi dia chronic smokers sehari dalam 10-15 batang.

Soalan untuk trigger 2 ni macam biasa dia tanya medical terms batuk berdarah tu. Aku boleh taktahu cane nak eja haemoptysis. Ada tambahan huruf h. Blergh angat awak ni dah banyak kali nampak boleh taktahu eja. Pastu dia tanya apa complication bersalin tu sampai bini dia boleh mati. Aku rasa hypovolumic shock. Tak salah lagi sebab banyak sangat blood loss. Kenalah explain pathogenesis dia. Ni aku main taram je. Apa yang aku faham sebab aku tak hafal ayat sebiji- sebiji. Lagi dia tanya apa eh? Ha kan laki ni on oral hypoglycemic. Apa lagi dia pun suruhlah listkan nama drugs dengan mechanism of action dia. Sebab laki ni demam so dia ada amik antibiotics erythromycin dengan apa tah lagi satu under class cephalosporin. Kena juga explain mechanism of action dia cane. Pastu macam biasa sebelum nak masuk trigger 3 kena listkanlah positive sign yang kita nampak dekat patient tu. Dia ada gak tanya vascular pathology promoted by smoking. Atheroscelorosis.

Masuk trigger 3, taulah laki ni hypertensive, pastu underweight, ada crackles, high temperature lagi apa tah tak ingat. Aku ingat soalan first dia tanya apa tu crackles. Aku boleh tersalah crackles dengan rhonchi. Geram gilerrrrrrrrrrrrrrrrr. 2 markah je pun tapi amatlah bermakna sebab soalan pastu tanya pasal surface marking of pleura. Amik kau! Semalam dah tercross ah pastu dalam hati kata nak baca nanti. Lepastuuuuuuuuu terlupa nak baca. 6 markah kau. Banyak boleh tak. Sobs.

Lagi dia tanya pahal laki ni hypertensive. Aku boleh main taram complication of diabetes. Taktahulahhhhhhh kenapa. Sedih ah. Soalan ni satu markah. Bawah soalan ni ha best gila, regulation of blood pressure 10 markah. Aku tulis jeee apa yang aku ingat apa yang aku faham. Heharap dapatlah dalam 5/6 macam tu.

Aku tak ingat dah dia tanya apa pastu. Lab investigation kot. Aku request full blood count, bacterial culture dengan chest xray. Tengok trigger 4 asal boleh lupa seyh HbA1c nampak pandai smart sikit. Ni mintak FBC. Sobs. Pastu aku tulis acid fast bacilli culture, asallah tak tulis sputum culture. Doh. Tapi boleh ke kot sebab dedua nak tengok ada mycobacterium tuberculosis ke tak.

Tapi serius ah patient ni bukan je ada diabetes. Ada hypertension. Pastu ada higher risk of getting cardiovascular heart disease. Dia punya cholesterol, triglyceride dengan LDL tinggi gila kot. HDL rendah. Sebab dia ada diabetes so low immunity sebab tu dia dapat pulmonary TB. Aku sedih taktahu kenapa platelet count dia tinggi. Hilang 1 markah. Aku cakap sebab diabetes punya complication. Terlupa gila laki tu batuk berdarah. Aigoooo. Mestilah platelet count tinggi.

Dah lupakan. Dah buat yang terbaik dah. Inshaallah pass paper ni.
Tinggal lagi 2 paper. Ospe esok, dengan mcq lusa.




All iz well.
Nanti-nanti:)

Friday, July 24, 2015

Day 1: 1st Professional Exam

Akhirnya hari yang ditakuti dah tiba. Takyah tanyalah cuak dia macam mana. Macam aku cakap sebelum ni, ni pro tau bukan eob bukan exam biasa. Ni antara hidup nak mati boleh masuk clinical years ke tak September ni. Mana tak cuak doh. Tapi dalam cuak-cuak tu pun boleh lagi tidur dengan lenanya. Yelah nak jawab exam dengan jayanya kenalah tidur lena dulu malam tu haa tak gitu.

Aku baru je lepas habis jawab paper essay dengan short notes. Tinggal lagi 3 paper yeay! Okay kita mula dengan essay dulu. Nanti-nanti bila dah jadi dokter nanti (kalau Tuhan izin), bolehlah baca balik post harini dan flashback apa jadi masa first day 1st professional exam.


Essay macam biasa ada 3 soalan.
Soalan first, gross anatomy of stomach. Yang ni memang bestlah nak dibandingkan dengan dua soalan yang lain. Sebabnya satu, aku suka anat. Yang keduanya stomach ni antara organ yang senanglah compared to other organs macam female dengan male reproductive organs tu. Memang boleh meleleh aku kalau keluar tadi. 

Soalan second, integration of metabolism during starvation.
Haaaa nilah soalan yang beberapa hari sebelum exam aku tanya Anis, wei cane ah nak cite kalau dia tanya soalan ni. Pastu dua malam lepas sebelum exam pun aku cakap lagi pasal soalan ni. Sebelum ni tahun-tahun lepas dia pernah keluar dekat PBQ. Amani pun dah cakap dah cite ah sikit wei nak tulis apa nanti kalau keluar. Pastu aku dengan anis boleh buat dek je okay tak keluar kot benda ni pastu focus kat benda lain. Sekali ha kau tup keluar. Nasib boleh goreng sikit. Daripada kosong kira okaylah boleh tulis sikit tak sampai satu page pun tapinya sobs.

Soalan last, discuss regeneration and repair in healing process.
Haaaaa yang ni pun Tuhan dah bagi petunjuk sebelum-sebelum ni tapi tulah hmm malas nak cakap. First sekali masa revision class, healing ni antara tajuk yang Dr Aung Gyi tekankan. Yang keduanya, sebelum nak raya haritu tangan aku luka, pastu aku cakaplah dekat diri sendiri mungkin ni tanda Tuhan nak bagitahu healing keluar? Tapi macam biasa aku buat dek. Pastu yang ketiganya dua hari sebelum exam. Aku lepak bilik Anis macam kebiasaan study week, aku tengah baca patho masatu aku tanya Anis wei kau rasa healing ni boleh masuk tak? Hmm baca jelahkan. Nasib baik tu baca. Kalau tak memang kelautlah healing process tadi.


Overall essay ni okaylah. Kira takdelah hantar kertas kosong. Aku target separuh daripada markah penuh je. Sebab sekarang ni nak pass kena make sure at least dapat 200/400. Inshaallah lah boleh. Boleh boleh boleh.

Dah habis essay, petang ada short notes pulak. Ada 5 soalan. Short notes ni memang bestlah. Aku memang takkan lupa kot soalan first dia. Nak menangis wei rasa.


1) Clinical phase in HIV infection and associated virologic and immunologic changes.
HIV ni benda common kot. Benda takleh nak fikir logik kalau tak ingat pun. Pastu merapu je dalam answer booklet. Sedihlah mengenangkan medical student tapi takleh nak jawab soalan macam ni. Tsk.

2)Renal handling of glucose
Yang ni masa dekat bilik Anis tadi (dekat bilik Anis lagi hahaha) aku tengah selak-selak past years questions pastu terpandanglah soalan ni. Memang sebijik tak ingatlah dia pernah keluar short notes ke pbq sebelum ni. Pastu aku sekali lagi cakap kat Anis wei kau rasa ni boleh keluar tak? Ah baca jelahkan. Sekali kau keluarrrrrrrrrrrrrr. Ce kalau tak baca tadi tu. Dahlah tak sentuh langsung renal physiology. Blergghh

3) Pathogenesis of anemia in Beta Thalessemia
Ha yang ni best. Tapi harap Prof Naznin hati dia tenanglah masa mark kertas jawapan tu. Mudah-mudahan.

4) Innate Immunity
Aku masa ni dah terkeliru dah dengan cell mediated immunity, humoral dengan acquired. Pastu main tulis je pasal component dia ada cytokines, complement system dengan antibodies. Aku dahlah tak baca habis immune. Innate immunity ni pun takleh bayang location dia katne. Keluar exam hall terus tanya Tengku natang apa innate immunity ni. Tau tak benda ni benda senang je tapi boleh confuselah apa bagai blergh. Betullah tu innate ni bebenda yang jadi first line defense mechanism. Macam skin, tears, hairs pastu adalah complement, antibodies ni semua. Bolehlah kot dapat 5 markag daripada 10 tu. Heharap Prof Nasa tenang je masa tanda.

5) Okay ni last ACE Inhibitors. Yang ni aku main taram jugak. Agak-agak boleh lowers blood pressure to okaylah. Pastu adverse effect letak je nausea, vomitting, headache. Tsk. 

Harap sangat short notes ni boleh dapat lebih daripada separuh. Inshaallah boleh. Pasni kalau ada tergerak nak baca mana-mana tajuk lagi taknak abaikan dah. Nak baca bebetul. Kadang macam tulah Tuhan tolong kita melalui gerak hati. Cuma kita perasan tak perasan je. 





All iz well.
Nanti-nanti :)





Thursday, July 23, 2015

1st professional exam in less than 24h

Hari yang ditakuti makin mendekat, esok. Cuak doh. Siapa tak cuak kalau banyak lagi tak habis cover ni. Oh Tuhan selamatkanlah hambamu ini. Lepas esok dah okay sikit. Yang buat cuak ni essay dengan short notes ah. Entah soalan apa agaknya yang nak ditanya. Sekali keluar yang aku tak cover lagi kang alamat menggorenglah aku esok. Kalau ingat sikit-sikit bahan tu takpe ni kalau ingredientsnya bercampur aduk dengan resepi lain tak ke hangus masakan aku esok. Sobs. Oh Tuhan selamatkan hambamu ini.


Aku kira tadi at least kalau average marks 6 blocks terbaik ni 50, pastu Dr dengan baik hatinya bagi 4% markah seminar, kena dapatkan 191/400 lagi untuk lulus cukup makan 50%. Mudah-mudahan semorang pass. Mudah-mudahan. Macam legalah sikit hati okay lagi 191 je nak kena cari. Nak sedapkan hati sendiri. Boleh boleh boleh. Ni exam yang ke 17 sepanjang 2 tahun. Takyah nak cuak sangatlah. Macam tak biasa masuk exam hall tak habis cover. Tapiiiiiiiiiii ni pro exam bukan eob. Oh Tuhan selamatkanlah hambamu ini.


Dah aku nak sambung revision aku yang tergendala.
Moga Tuhan permudahkan esok dan hari-hari mendatang.


Nanti-nanti.






Monday, July 6, 2015

Happy Anniversary

Selamat ulang tahun yang ke empat tahun lima bulan, Shahrin. Moga kita sampai bila-bila dengan izin Tuhan. Moga Tuhan panjangkan jodoh kita dan permudahkan urusan kita untuk ke peringkat seterusnya.


:)




Sunday, July 5, 2015

Home

Home is where my heart belong.

Konon nak study untuk pro dekat kuantan, 10 Julai baru balik rumah. Hek eleh sangat. Baru 5 Julai dah meleleh nak balik rumah. So yeah, esok gua balik rumah! Study dekat rumah adalah perkara yang susah tapi takpe berkat doa mak abah semua inshaallah dengan izin Tuhan semuanya bisa diatur. Lagipun sebab aku anak first makanya kenalah tolong-tolong mengemas semuatu. Kalau bukan aku sape lagi nak buat.


Dan harapnya raya ini dapat ketemu kamu ya dong sayang.


Jadi indon ni dah kenapa?
Blerghhhhh


Balikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk yeah!



Saturday, July 4, 2015

Betrayal

Sejak akhir-akhir ni banyak pula cerita lelaki curang. Boleh kata dekat setiap social networking penuh cerita pasal hal-hal yang berkaitan dengan lelaki curang ni buat aku jadi takut satu, yang keduanya buat aku terfikir perempuan ni takde curang ke asyik cerita pasal lelaki je?


Ah confirm ada perempuan curang. Cumanya takde nak public sangat kot. Biasa lelaki ni senyap je takde nak cerita gebang-gebang kat public bini aku buat tahi dengan aku. Perempuan je rajin nak type pepanjang canang cerita dekat satu dunia.


Ah tapi kita takde dalam kasut depa kan. Entah muat entah tidak kaki kita nak sarung kasut depa. Gedabak sangat tak muat, kecil sangat pun tak muat. Nak marahkan si perampas je tak boleh juga. Kita manalah tahu cerita sebenarnya macam mana. Tak selamanya si perampas je yang salah. Yang melayannya pun sama. Haih.


Aku terfikir apalah yang lelaki ni nak sebenarnya. Bini tak cantik sibuk cari yang lain, dah dapat bini yang cantik pun nak juga tu cari perempuan lain. Apa lagi entah yang tak cukup? Kalau bini dia jenis yang melawan tak dengar kata ke malas ke bolehlah terima dia cari yang lain, ni kalau dah sebaik-baik kejadian tu Tuhan beri dekat dia nak juga curang ni, ha pesen ni aku tak berkenan dan langsung tak faham. Apa yang dia nak sebenarnya?


Lagi aku tak faham jenis yang tak reti bersyukur dah dapat orang yang sama-sama dengan dia thru ups and downs, buat semuanya untuk dia tak memasal nak cari orang baru. Mende tah. Serius tak boleh terima lelaki yang tinggalkan bini dia sebab bini dia gemuk lepas lahirkan anak. Lepas lahirkan anak sana sini longgar pastu kedutlah apa cari yang lagi ketat dan montok. Dah tu investlah untuk bini kau hantar p tempat pelangsingan badan ke ini tidak. Kedekut. Anak yang dia lahirkan tu anak engkau juga. Bukannya reti nak hargai.


Tak payah bising bini tak cantik kalau engkau sendiri kedekut nak keluarkan duit untuk dia. Hek eleh sangat. Ingat perempuan cantik kat luar sana yang kau tergilakan tu maintenance dia tak tinggi? Heh.


Ah lelaki perempuan kalau dah curang sama je.


Yang tak boleh blahnya sailang orang punya takpe, orang sailang dia punya kemain melenting. What you give you get backlah mangkuk. Takpayah nak sedih sangatlah orang rampas engkau punya kalau kau pun sebelum ni rampas orang punya.


Pergi mampus.






Thursday, July 2, 2015

About Time

"Macam kejap je dah Julai rasa macam baru je haritu masuk 2015"
"Tak sangka kan tahun depan kita dah 23 tahun" 

5 bulan je lagi wei nak 2016. 
Masa kekecik dulu kemain tak sabar nak besar. Masuk zaman sekolah rasa tak sabar nak tahu beberapa tahun dari sekarang agaknya apa jadi ya. Sekarang dah 5 tahun tinggalkan zaman sekolah. Tahun depan dah 23 tahun. Abah selalu cakap tak sangka abah ada anak 3 orang. Tak sangka abah jumpa mak pastu dapat kau orang semua. Dah besar dah semua. Rasa macam baru semalam abah dukung kau orang. Cepatnya masa berlalu. 


Sepupu yang kekecik yang dulu boleh piggyback pusing keliling rumah sekarang dah besar dah masuk sekolah menengah dah. Sekejapnya. Nanti tak lama lagi tup tap kalau Tuhan izin tau-tau je dah ada keluarga sendiri, dah ada anak-anak. Aku dah save satu nama untuk anak perempuan aku nanti. Sofea. Kalau Tuhan izin nanti-nanti.


Haritu lepas hantar Amani ke terminal, cakap dengan Azyati bayangkan empat lima tahun akan datang agaknya kita tengah buat apa ya sekarang ni? Azyati kata masatu kita mesti busy dah dekat hospital dengan kerja masing-masing, dah tak jumpa dah semorang sedihnya. Aku kata mungkin masatu kita tengah on the way nak balik kampung dengan family kita sendiri. 

Dan mungkin juga empat lima tahun lagi tu kita sendiri dalam tanah. 

Ingat gembira macam mana pun mati jangan lupa.
Oh Tuhan.

:(