Friday, April 24, 2015

Ooo and Gee

Aku dah naik menyampah dah tengok komen orang kita pasal bidang perbidanan ni.

"Lelaki takboleh jadi pakar sakit puan"
"Lelaki gatal je yang jadi pakar sakit puan ni saja nak tengok pussy perempuan, pussy hunter sungguh"
"Mana pergi doktor perempuan ramai-ramai tu?"
"Kerajaan patut menyediakan lebih ramai pakar sakit puan perempuan"
"Kerajaan patut mengharamkan lelaki untuk belajar bidang perbidanan"

Orang kita memang pandai cakap. Pandai sangat. Mencarut lagilah pandai. Sikit nak melenting. Tahu tak betapa payahnya bidang perbidanan tu. Bukan kerajaan tak menyediakan ramai pakar sakit puan perempuan. Realitinya ramai doktor even doktor perempuan sendiri keberatan ataupun senang kata tak nak ambil bidang perbidanan ni.

Bidang perbidanan ni bukannya benda yang mudah. Ni melibatkan nyawa ibu dengan anak. Bukan tu je banyak pengorbanan yang doktor perempuan lagilah yang dah bergelar isteri dan ibu pada anak-anak kecil kena lakukan. Bukan semua mampu pukul 2/3 pagi tinggalkan keluarga pergi hospital uruskan orang bersalin. Alah kalau tanya lelaki sendirilah tak semua nak kahwin dengan doktor perempuan. Rata-rata semua nak perempuan yang sentiasa ada dekat rumah bila balik kerja bini dah ada dekat rumah tolong buatkan air urut-urut badan yang penat kerja. Tak ramai yang nak kahwin dengan doktor perempuan ni. Yang kahwin dengan doktor pun belum tentu benarkan bini dia jadi O&G.

Tak semua lelaki tahan dapat bini yang selalu busy. Kerja asyik nak oncall je. Lagilah kalau jadi O&G bersalin bukannya ada waktu yang fix. Bila-bila masa je boleh. Jadi kenalah sentiasa bersedia. Pandai cakap nak bini yang sentiasa ada dekat rumah, tak nak bini doktor, busy apa semua tapi bila bini bersalin harapkan doktor perempuan yang uruskan. Blerghhhhhhhhh sangat.

Aku paling tak boleh terima bila orang kata O&G lelaki ni pussy hunter. Like seriously manusia sekalian? Kau ingat orang nak sangatlah tengok kau punya tu. Habistu kalau dah bersalin takkan nak tengok perut pulak ye pandang situ nak cek diameternya dah cukup ke tak nak keluarkan baby nak jahit balik luka semua. Lepastu kadang masa bersalin ada yang siap terkencing terberaklah apa. Dengan lendir darah tu semua kau ingat orang bernafsu ke? Diorang pun ada binilah dekat rumah. Tolonglah.

Third year nanti at least kena sambut 10 baby lahir barulah pass posting O&G. Bayangkan kalau lelaki langsung taktahu bidang perbidanan ni, lepastu waktu tu cuma ada doktor lelaki je yang available tapi dia langsung takreti nak handle perempuan bersalin tak ke mati dekat situ juga. Lagipun sekarang ni nurse pun dah diajar cara cara nak sambut baby semua. Kalau ada complication baru refer O&G.

Alah perempuan pun belajarlah pasal anatomy lelaki. Memang kalau dah namanya ambil medik ni satu badan tu tiap sisi setiap inci tubuh kena tahu apa nama dia semua. Lelaki ke perempuan ke kena belajar semua. Bukannya lucah pun. Tak faham kenapa orang nak kata O&G lelaki ni pussy hunter. Habistu perempuan yang jadi pakar sakit tuan tu dick hunter ke macam mana? Blergghhh.

Macam mana lelaki kena belajar perempuan punya genital organ macam tulah juga perempuan kena tahu setiap inci genitalia lelaki.

Selagi boleh request doktor perempuan tu requestlah, kalau ada ada, kalau takde yang ada cuma doktor lelaki je terima jelah. Untuk tujuan perubatan, bukannya nak buat benda tak senonoh. Nyawa lebih penting. Ada banyak duit pergilah hantar bini bersalin dekat private hospital ke clinic je yang memang dia punya services tip top gila. Lepastu request nak doktor perempuan.

Tapi kalau doktor perempuan takde takyah nak mencarut yang bukan-bukan. Ingat O&G perempuan tu pun bini dan mak pada somebody. Bukannya 24 jam nak melayan kau. After all doctor ni pun manusia juga, ada keluarga yang perlu dijaga. Kalau kau sendiri taknak kahwin dengan doktor lepastu tak nak bini kau jadi O&G nak bini kau melekat je kat rumah, takyah bisinglah wei pasal Malaysia ni tak cukup O&G perempuan kepe. Takyah wei. Menyampah je rasa. Serius.

Aku sendiri tak nak jadi O&G. Aku lagi berminat dengan radiology. Sebab nanti ada banyak masa dengan family, tak selalu oncall, passive oncall je kekadang. Believe me O&G perempuan memang power. Tak semua orang boleh jadi O&G. Serius.



Orang takkan faham macam mana profession doktor ni sampailah ahli keluarganya sendiri tergolong dalam kumpulan tu. Harini kau kutuk-kutuk doktor, esok-esok anak kau ada rezeki ada doktor, orang pula kutuk dia. Fair and square kan? (Ayat ni applicable pada semua profession)

Nanti-nanti.
:)