Wednesday, April 29, 2015

Distance

I hope before May ends we can meet.
Its been two months.
And I miss you.
Like crazy.
Always.

Friday, April 24, 2015

Ooo and Gee

Aku dah naik menyampah dah tengok komen orang kita pasal bidang perbidanan ni.

"Lelaki takboleh jadi pakar sakit puan"
"Lelaki gatal je yang jadi pakar sakit puan ni saja nak tengok pussy perempuan, pussy hunter sungguh"
"Mana pergi doktor perempuan ramai-ramai tu?"
"Kerajaan patut menyediakan lebih ramai pakar sakit puan perempuan"
"Kerajaan patut mengharamkan lelaki untuk belajar bidang perbidanan"

Orang kita memang pandai cakap. Pandai sangat. Mencarut lagilah pandai. Sikit nak melenting. Tahu tak betapa payahnya bidang perbidanan tu. Bukan kerajaan tak menyediakan ramai pakar sakit puan perempuan. Realitinya ramai doktor even doktor perempuan sendiri keberatan ataupun senang kata tak nak ambil bidang perbidanan ni.

Bidang perbidanan ni bukannya benda yang mudah. Ni melibatkan nyawa ibu dengan anak. Bukan tu je banyak pengorbanan yang doktor perempuan lagilah yang dah bergelar isteri dan ibu pada anak-anak kecil kena lakukan. Bukan semua mampu pukul 2/3 pagi tinggalkan keluarga pergi hospital uruskan orang bersalin. Alah kalau tanya lelaki sendirilah tak semua nak kahwin dengan doktor perempuan. Rata-rata semua nak perempuan yang sentiasa ada dekat rumah bila balik kerja bini dah ada dekat rumah tolong buatkan air urut-urut badan yang penat kerja. Tak ramai yang nak kahwin dengan doktor perempuan ni. Yang kahwin dengan doktor pun belum tentu benarkan bini dia jadi O&G.

Tak semua lelaki tahan dapat bini yang selalu busy. Kerja asyik nak oncall je. Lagilah kalau jadi O&G bersalin bukannya ada waktu yang fix. Bila-bila masa je boleh. Jadi kenalah sentiasa bersedia. Pandai cakap nak bini yang sentiasa ada dekat rumah, tak nak bini doktor, busy apa semua tapi bila bini bersalin harapkan doktor perempuan yang uruskan. Blerghhhhhhhhh sangat.

Aku paling tak boleh terima bila orang kata O&G lelaki ni pussy hunter. Like seriously manusia sekalian? Kau ingat orang nak sangatlah tengok kau punya tu. Habistu kalau dah bersalin takkan nak tengok perut pulak ye pandang situ nak cek diameternya dah cukup ke tak nak keluarkan baby nak jahit balik luka semua. Lepastu kadang masa bersalin ada yang siap terkencing terberaklah apa. Dengan lendir darah tu semua kau ingat orang bernafsu ke? Diorang pun ada binilah dekat rumah. Tolonglah.

Third year nanti at least kena sambut 10 baby lahir barulah pass posting O&G. Bayangkan kalau lelaki langsung taktahu bidang perbidanan ni, lepastu waktu tu cuma ada doktor lelaki je yang available tapi dia langsung takreti nak handle perempuan bersalin tak ke mati dekat situ juga. Lagipun sekarang ni nurse pun dah diajar cara cara nak sambut baby semua. Kalau ada complication baru refer O&G.

Alah perempuan pun belajarlah pasal anatomy lelaki. Memang kalau dah namanya ambil medik ni satu badan tu tiap sisi setiap inci tubuh kena tahu apa nama dia semua. Lelaki ke perempuan ke kena belajar semua. Bukannya lucah pun. Tak faham kenapa orang nak kata O&G lelaki ni pussy hunter. Habistu perempuan yang jadi pakar sakit tuan tu dick hunter ke macam mana? Blergghhh.

Macam mana lelaki kena belajar perempuan punya genital organ macam tulah juga perempuan kena tahu setiap inci genitalia lelaki.

Selagi boleh request doktor perempuan tu requestlah, kalau ada ada, kalau takde yang ada cuma doktor lelaki je terima jelah. Untuk tujuan perubatan, bukannya nak buat benda tak senonoh. Nyawa lebih penting. Ada banyak duit pergilah hantar bini bersalin dekat private hospital ke clinic je yang memang dia punya services tip top gila. Lepastu request nak doktor perempuan.

Tapi kalau doktor perempuan takde takyah nak mencarut yang bukan-bukan. Ingat O&G perempuan tu pun bini dan mak pada somebody. Bukannya 24 jam nak melayan kau. After all doctor ni pun manusia juga, ada keluarga yang perlu dijaga. Kalau kau sendiri taknak kahwin dengan doktor lepastu tak nak bini kau jadi O&G nak bini kau melekat je kat rumah, takyah bisinglah wei pasal Malaysia ni tak cukup O&G perempuan kepe. Takyah wei. Menyampah je rasa. Serius.

Aku sendiri tak nak jadi O&G. Aku lagi berminat dengan radiology. Sebab nanti ada banyak masa dengan family, tak selalu oncall, passive oncall je kekadang. Believe me O&G perempuan memang power. Tak semua orang boleh jadi O&G. Serius.



Orang takkan faham macam mana profession doktor ni sampailah ahli keluarganya sendiri tergolong dalam kumpulan tu. Harini kau kutuk-kutuk doktor, esok-esok anak kau ada rezeki ada doktor, orang pula kutuk dia. Fair and square kan? (Ayat ni applicable pada semua profession)

Nanti-nanti.
:)


Friday, April 17, 2015

Cars and I

"Aku rasa selamat naik dengan kau"

Ni bukan pertama kali orang cakap dengan aku macamtu. Boleh dikatakan aku ni antara pemandu yang paling berhemah tau walaupun dulu aku ambil masa yang lama untuk dapatkan sekeping lesen memandu tu. Ramai taktahu yang aku ambil test jpj sebanyak 5 kali. Like seriously girl 5 kali? Kau fail kat mana seyh? 4 kali aku fail dekat tempat yang sama; bukit. Aku rasa kali kelima tu memang orang dah kesian sangat dekat aku kot hahahahaha. Tapi sampai sekarang mak suka cari gaduh kata aku test jpj dulu 6 kali. Oh pleaselah mak I remember exactly how many times I went to that place. Mak cakap I remember how many times I paid for your test. Blerghhhhh. Biasalah mak mana boleh nak kalah. Kalau dia kalah nanti dia bengang mesti dia tukar topik lain blerrghh once again. Kalau berkeras nak menang juga nanti mak jadi bertambah berang. Mommy always wins at the end *insert icon surrender*

Awal-awal dapat lesen dulu nenek takut nak naik dengan aku. Mak pula saje je tau nak menyindir cakap kalau naik dengan aku kena pakai helmet hahahahahaha. My god pleaselah mak. Dekat rumah aku semua kereta manual kecuali myvi yang aku pakai sekarang ni. Jadinya awal dapat lesen dulu, mestilah semangat nak drive letaklah sticker P dekat kereta atuk. Jangan tanya berapa banyak remuk redam calar balar aku dah buat dekat kereta atuk. Banyak sangat hahahaha. Biasalah newbie. Balik rumah buatlah muka taktahu muka kesian muka lima posen sikit. Aku tak berani drive kereta mak masatu sebab kereta mak mpv. Kereta tinggi takut sikit.

Tapi takpelah tu semua dulu. Bak kata omputih, no pain no gain. At least sekarang aku drive kuantan-muar, muar-kuantan tau *insert icon muka bangga*

Kenapa aku cakap aku pemandu berhemah, sebab aku jenis yang drive lek lek. Lek lek bukan lembap ye di sini. Aku still boleh potong lori lebar dan panjang apa. Tapi dulu awal dulu waktu mak ikut belakang aku, dia kata dia mengantuk sebab aku lembap sangat kahkahkah. Mak part menyindir tu memang emmm dapnya kaw gila.

Tapi yang penting aku tak potong dekat double line walaupun dekat depan ada lori yang lembap nak mampus lepastu jalan sebelah clear je, takkkkkkkk aku tunggu double line habis dulu. Aku tak potong dekat selekoh, dekat atas bukit walaupun sekarang aku dah dapat CDL. Part nak memotong tu jangan tanya betapa cermatnya aku tengok cermin belakang sisi dan tengok depan baru potong. Part laju tak laju tu kalau jalan clear of course 120km/h plus. Sekarang mak dah tak mengantuk lagi hahahahaha.

Walaupun sekarang aku seronok gila drive kereta auto, bila balik rumah still aku drive manual. Dari yang paut stereng sampailah ke power stereng. Semua boleh. Aku tak rasa malu pun nak bagitahu orang bahawasanya dulu aku passed jpj lepas 5 kali yang dulu aku banyak calarkan dan kemekkan kereta atuk, at the end sekarang aku dah ada confidence and courageous untuk drive jauh dan kemana saja yang aku nak. Sebab ada je orang yang pass test sekali je tapi lepastu tak pernah sekali pun drive sama ada dia sendiri takut ataupun ahli keluarganya tak bagi.


The fact that my family always be besides me no matter what makes me becomes stronger day by day. Thank you my love.

Nanti-nanti.
:)

Sunday, April 12, 2015

Ommonim

Harini bangun pagi dengan tanda tanya kenapa pagi-pagi buta dapur dah berasap? Ada nak pergi mana-mana ke harini? Mana tahu tetiba nak pergi piknik ke.

Lama juga proses baru teringat harini hari Ahad, hari bekerja dekat Johor. Sebab tu pagi-pagi buta mak dah masak untuk tengah hari nanti. Nanti tengah hari tinggal panaskan lauk je. Sejak nenek buang cataract haritu, nenek dah tak masak dah. Masak pun jenis makanan yang ringan-ringan je. Yang sambal-sambal ni semua mak. Sebelum pergi kerja mak masak. Tengah hari tinggal makan je.

Suka tengok mak sekarang.

Kalau dulu mak banyak bergantung pada nenek. Baju kerja mak, baju raya mak semua nenek yang tolong jahitkan. Mak beli kain je. Tapi sekarang mak dah pandai jahit baju sendiri. Berapa tahun lepas mak pergi kelas menjahit. Sejak haritu mak dah tak minta nenek jahitkan lagi. Mak dah boleh buat sendiri. Tak pun hantar kedai je. Yang penting tak susahkan nenek.

Dulu jarang nampak mak baca kitab (baca:Quran). Baca pun terangkak-rangkak. Tapi sejak mak balik haji dulu, mak dah rajin baca kitab walaupun terangkak-rangkak tiap malam lepas solat maghrib mesti mak baca. Mak pun dah pergi kelas tajwid. Mak kata cikgu dia walaupun dah tua mata masih tajam. Berkat selalu baca kitab agaknya. Mak cakap sekarang ni masa muda rajin-rajinkanlah baca kitab. Sikit pun takpe janji baca. Jangan dah tua baru nak baca.

Sampai sekarang pun aku masih tak habis khatam kitab yang kononya nak habiskan masa bulan puasa tahun 2012. Dah 3 tahun masih tak habis satu kitab. Takpe sikit-sikit.

Dulu masa kecil dulu aku suka panggil mak singa betina sebab dia garang sangat. Salah sikit kena rotan, kena piat telinga, kena hanger. Mungkin tu memang cara mak didik anak-anak dia. Kalau tak sekarang ni mungkin aku tak berada dekat tempat aku ada sekarang. Terima kasih mak. Ada rezeki lagi 3 tahun dapatlah tengok kita jadi dokter :)




Mak kita mungkin berlainan dari mak orang lain. Macam mana pun mak kita, kita kena terima dia macam mana dia boleh terima kita yang nakal ni, yang selalu rasa diri kita je betul, yang mak tak pernah faham apa yang kita nak. Duit berjuta-juta pun tak dapat beli mak. Mak cuma satu je. Orang kata kita akan faham perasaan seorang mak bila kita dah ada anak nanti.

Nanti-nanti.





Saturday, April 11, 2015

Evergreen

"Senyuman manis dibawa angin"
"Ku tunggu dikau terasa dingin"

Ulang dengar banyak kali sampai pengsan.
Rasa macam back to 2009 masa zaman indie naik dulu.
Ah rindu!




Thursday, April 9, 2015

Long Distance Relationship

"Aku just curious macam mana kau boleh survive long distance relationship for years, tak bosan ke?"

Kalau dulu, masa awal-awal dulu, I thought we couldn't make it till this point, sekarang dah lain. Aku nak tahu tahun-tahun akan datang ada "kita" lagi tak? Can we make it till the end? Sampai bila-bila.

I've been in long distance relationship for 4 years. Bagi akulah setiap relationship tu memang ada ups and downs dia but what really matters is that the way you handle it, the way you handle the broken things. To fight or to give up. To stay or to leave. Dia nampak macam simple bila cakap tapi sebenarnya tak semudah tu.

Tahun pertama dengan kedua bagi aku paling payah. Sebab masatulah baru nak kenal dia ni macam mana. Even sekarang dah 4 pun kadang ada juga benda yang aku tak faham. It takes yearslah nak faham orang, nak kenal orang betul-betul. And whatever s/he is we got to accept the way they are. Kita tak boleh nak ubah orang untuk jadi apa yang kita nak, tapi kita boleh ubah diri kita untuk suka semua cela yang dia ada. Mana ada manusia yang flawless. Semua orang ada flaws memasing. I have mine too.

Aku ada banyak insecurities. Aku ada banyak negative thoughts. Kadang bila sorang-sorang fikir yang tidak-tidak lepastu mulalah cakap yang bukan-bukan. Rasa menyampah pun ada dengan diri sendiri kekadang. Aku tak boleh baca atau tengok drama pasal ruined relationship. Sebab aku akan menjiwai gila watak tu sampai imagine macam mana nanti kalau kita jadi macam ni, macam mana nanti kalau awak buat benda yang sama macam watak lelaki tu, apa kita nak buat nanti? Kalau awak tinggalkan kita nanti macam mana? Memang entah apa-apa aku ni. Memang.

The fact that Shahrin can still bare with me till now buat aku terfikir macam mana nanti kalau dia tak tahan lagi sebab diri aku sendiri. And then I decided to change. Still kekadang ada juga terfikir negative but then cepat-cepat vanishkan dalam kepala. We can make it till the end *insert icon biceps kental*


Untuk soalan tadi tu macam mana aku boleh survive long distance relationship for years, entah. Aku pun taktahu macam mana aku boleh survive hahahahahaha. There are things that cannot be explained, it just happens that way.

Sebab dah 4 tahun ni mak banyak ingatkan,

"Selalu kalau bercinta lama-lama ni, biasanya kawin dengan orang yang kita baru kenal berapa lama je"

Mesti mak cakap macam tu sebab tak nak aku kecewa nanti. Kalau ada adalah. Kalau takde after years, nak buat macam mana? Kena terima jelah takde jodoh. Tapi sekarang ni taknak fikir macam tu. Nak fikir positif je dengan keizinan Tuhan nanti mana tahu termakbul. What really matters now no matter what it takes, no matter how many challenges might tear us apart, we will fight back and always find the way back to each other. Macam sekarang :)

Shahrin once said,

"Saya takkan rasa menyesal kalau saya hilang awak lepas saya dah usaha betul-betul. Lainlah kalau saya tak usaha langsung"

Untuk soalan yang bosan ke tak tu.

Jawapan dia aku tak pernah bosan. Macam mana nak bosan dengan orang yang kita dah selesa dengan. Aku tak kisah pun jumpa setahun 3/4 je. Even setengah tahun tak jumpa sekalipun. Aku tak kisah as long as our hearts still meant for each other.

Biarpun ada cinta, biarlah masa yang membuktikan kesungguhannya.











Friday, April 3, 2015

Flower girl

"Nak bahasakan apa teman wanita kau ni?"
"Bahasakan untuk apa?"
"Yelah senang nak panggil nanti"
"Oh panggil je Bunga"

Aku rasa macam indon pun ada bunyinya. Nak acah-acah Bunga Citra Lestari muka tak lepas. Jadi kita acah-acah macam bunga matahari jelah.

Nama ni wujud waktu awal-awal dulu masa nak letak nama blog. Aku taktahu nak letak nama apa. Lepastu terbayang bunga matahari. Waktu tu tengah suka gila dekat bunga matahari. Rasa macam bunga tulah yang paling menarik antara semua bunga. Mungkin sebab nama matahari tu yang power kot. Sebab matahari. Sumber kehidupan.

Bila dah melekat, saja google search berlambak rupanya orang guna nama ni. Jadinya kita pendekkan, jadi gdsbnga. Kah!





Thursday, April 2, 2015

Back to 2011

2011, aku mula tulis blog yang aku rasa aku betul-betul menjiwai tulisan aku. Sebelum 2011, aku tulis blog sebab ikut-ikut kawan. Tengok kawan ada blog rasa macam best je aku pun ikut tulis. Tapi tak pernah tahu nak tulis apa. Masuk 2011, dah ada jiwa dah. Pandai dah bikin ayat manis. Kebanyakan tulisan aku dulu berbunga-bunga. Aku taktahu macam mana aku boleh power gila bikin ayat manis. Kira dulu tulisan aku lebih kepada pandangan aku tentang cinta tentang hidup tentang apa saja yang aku rasa aku mahu tulis. Masatu aku lantang. Aku tak kisah orang nak cakap apa. Kot. Jadi apa yang aku rasa aku nak tulis, aku tulis. Cakap orang kita letak belakang. Yalah hidup ni kalau nak ikutkan cakap orang memang tak kemanalah.

Aku taktahu sejak bila aku mula fikir pasal perasaan orang yang baca, tentang pandangan orang pada aku. Sejak tu aku mula dikit-dikit padam satu persatu tulisan aku. Dari yang jiwang kemain lagi sampailah yang aku rasa random gila, semua habis licin. Lagi satu masa tu aku rasa aku macam dah matang sikit. Macam eii gelilah baca tulisan dulu-dulu. Padahal tulisan tulah yang buat aku senyum lebar. Boleh kira perbualan aku dengan Jaka aku kepilkan sekali.

Sejak blog aku mati, Jaka turut mati.

Jaka wujud sebab blog. Manalah aku nak panggil dia Jaka depan-depan. Gila apa. Ya panggilnya Sayang kalau depan mata. Ehem.

2011 ialah tahun di mana Gadis Bunga wujud.
2011 ialah tahun di mana bermulanya Jaka dan aku.
2011 ialah tahun di mana aku mula tekad untuk menjadi doctor.
2011 ialah tahun di mana aku mula kenal dunia luar sebetul-betulnya.
Dan banyak lagi.


Serasa aku sejak aku tinggalkan blog, aku jadi makin kurang manis. Aku hilang skill untuk mengayat Jaka. Eceh. Kalau dulu aku bisa bikin puisi buat Jaka. Ini serius. Walaupun puisinya entah apa-apa. Ah lantak. Yang penting bahasanya jujur. Dan boleh bikin Jaka senyum sipu malu. 


Ah rindu!
Jadi mulai hari ini aku akan mula menulis kembali.
Yeay!